Labels

apam (2) biskut (2) kek (3) lauk pauk (1) muffin (2) myself (2)

Thursday, June 30, 2011

Soft Japanese Cotton Cake



bhn2 A
250 gm cream cheese (blh juga guna slice cheese)
50 gm butter
100 ml susu segar
6 bj telur kuning
1 sd besar jus lemon
1/4 sd kecil garam
60 gram tepung kek/superfine
20 gm tepung jagung

bhn B
140 gram gula granulated
6 biji telur putih
1/4 sudu kecil cream of tar-tar

cara2 nya
1. cairkan cream cheese bersama butter + susu secara double boiler.
2. bila dh sejuk masukkan telur kuning + garam + jus lemon + tepung kek + tepung jagung. kacau sebati.
3. dlm bekas yg lain pukul telur putih hingga 'foamy' selepas itu campurkan dgn gula dan cream of tar2,pukul lg hingga menjadi 'bertanduk'.
4. campurkan adunan Bhn A kedlm adunan Bhn B. kaup dan balikkan.
5. bekas dilenser dgn myk/mentega,lapik dgn bks adunan dgn baking paper. tuang adunan kedlm acuan.
6. bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 45 minit (sehingga masak), guna teknik steam bath.

banana walnut muffin

bhn2

100 gm butter (dicairkan)
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
3/4 cwn susu segar
1 cwn oat
1 cawan pisang (dilecek)
1/2 cwn walnut (dicincang) - blh jugak ditukar kpd kismis dan kekacang lain
1 cwn gula caster
2 bj telur (dipukul hingga gebu)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cream of tar-tar
1 sd kecil perisa pisang / esen vanilla

cara2nya
1. telur dipukul berasingan dan ketepikan.
2. campurkan kesemua bhn2 kering tepung naik sendiri + oat + gula + cream of tar2 + soda bikarbonat. ketepikan.
3. butter yang dicairkan td dicampur berselang seli dgn bhn2 kering + susu + telur,gaul sebati. tambahkan pisang dan kekacang td.
4. masukkan kedlm acuan muffin dan sedia utk dibakar pd suhu 180 darjah selama +-25 minit (atau sehingga masak).

Tuesday, June 14, 2011

Biskut Ala Famos Amos....



Bahan2

1 cwn butter
1 1/2 cwn tepung gandum *
1/2 cwn tepung jagung *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil baking powder *
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn gula perang
2 1/2 cwn oat (dikisar jika suka)
1/2 sudu kecil garam halus *
choc chip (secukup nya)
choc cardbury (disagat)
2 biji telur
1 1/2 cwn kekacang (blh campur2 & dicincang)
1 sudu kecil esen vanila

note: semua bhn yg bertanda * di ayak terlebih dahulu

Cara2 nya
  1. Pukul gula + butter hingga kembang.
  2. Masukkan telur + esen vanilla + semua bhn yg telah di ayak td (tepung jagung, tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder & garam).
  3. Masukkan kekacang + choc chip + coklat yg telah disagat td. Sebatikan.
  4. Gunakan jari dan penyek2 kan kedalam dulang pembakar.... jarakkan 2" bg setiap adunan biskut ni sbb dia akn mengembang.
  5. Bakar selama 15 minit pada suhu 170 darjah C.
* kemanisan biskut ni blh dikurangkan/mengikut citarasa sendiri...



Friday, June 10, 2011

Sandwich Telur

Bahan-Bahan

1 bj telur yg dh direbus (simpan didlm peti sejuk,cantik bila di 'shred')
roti sandwich
mayonis
butter
timun btg
lada hitam

Cara-Caranya
  1. Telur yg telah direbus di dan di 'shred'/disagat.
  2. Campurkan dgn mayonis,(lg byk mayonis lg sedap).
  3. Tambahkan serbuk lada hitam.... (secukup rasa)
  4. Sapukan butter pd roti, dan telur td.
  5. Letakkan juga timun yg telah dihiris nipis jika suka.
  6. Siap......
* gambar akan di upload kemudian... tungguuuuu....

Wednesday, June 8, 2011

Kek Choclate Moist



bahan A:

1 cwn serbuk koko

1 cwn susu cair / fresh milk perisa coklat

1 cwn minyak jagung/apa2 minyak masak pun boleh

1 cwn gula perang

1/2 cwn susu pekat

* bahan2 A dimasak di dalam periuk sehingga gula larut dan disejukkan


bahan B:

1 1/4 cwn tepung gndum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
semua bhn B di ayak


bahan C: (semua diayak)

telur 2 biji pukul sehingga kembang @ diblender jer


topping @ ganache

coklat masakan

fresh milk + sedikit susu pekat

sedikit mentega

* utk ganache ni semua bhn ini dimasak secara double boiler. sejukkan

cara-caranya:

  1. bahan2 A dimasak di dalam periuk sehingga gula larut dan disejukkan,ketepikan.
  2. telur dipukul/diblender hingga kembang.
  3. masukkan adunan koko td kedalam telur yg dah dipukul....kacau sebati....masukkan tepung gndum sikit2...kacau lagi biar sebati
    masukkan kedlm loyang loyang yg dsapu myk....dan kukus sehingga masak +- 1 jam. balutkan tudung pengukus utk mengelakkan dr air menitik ke atas kek.
  4. dh masak sejukkkan sblm dihias......

Nasi Dagang + Gulai Ikan Tongkol

NASI DAGANG

ini cara saya ler.... utk nasi 2 cwn beras biasa + 1 cwn beras pulut,diarendam semalaman... (kalau guna beras nasi dagang just rendam jer) basuh spt biasa dan kukus dahulu tanpa apa2 hn,dh agak pengukus naik wap keuarkan dr pengukus,curahkan santan cair sedikit demi sedikit (jgn terlalu byk nanti lembik),ulang step td lg sekali,utk kukus kali ketiga barulah nasi td digaul (letak sedikit demi sedikit yer) dgn santan pekat + bwg merah + bwg putih + halia yg dimayang + sesudu HALBA + garam + gula (dimasak spt biasa hingga mendidih sambil sentiasa dikacau) siap.....

LAUK IKN TONGKOL

utk lauk ikn tongkol , ikn tongkol dipotong,dibersihkan dan direbus dgn sedikit air + asam keping + garam + sdkt gula melaka,dh masak ketepikan... kuahnya,didihkan santan + sesudu kari ikan + asam keping rempah (bwg mrh + putih + lengkuas + cili kering - dikisar),dh mendidih dan agak pekat dan pecah minyak, masukkan ikan tongkol yg dh direbus td + cili api hijau (hanya buang tangkainya),jgn dipotong @ diketuk,letak mcm tu jer,perasakan dgn garam secukupnya (hati2 sbb td kita dh letakkan garam semasa ikan direbus),siap....

* Note: nanti saya akan uploadkan gambarnya secepat mungkin... tq

Monday, June 6, 2011




sesi mengedot lagi... tp kali ni ku try buat versi yg berbeza... versi apam polka dot ladybird la plok.. so cute,rasa macam nk cubit2 jer apam nih... nyway selamat mencuba kpd sesiapa yg rajin tue.. kpd yg tak rajin tue rajin2 kan lah diri anda.
air tangan isteri/mak lebih bermakna kepada FAMILY.......

Wednesday, June 1, 2011

Ketupat Sotong






Bahan2

1 kg sotong (yg segar2)
3 cawan santan sederhana pekat
beras pulut
gula melaka - kemanisan ikut citarasa sendiri
secubit garam
daun pandan
pengcungkil gigi

Cara-Caranya
  1. Sotong dibersihkan dan dibuang selaput kulitnya,cuci hingga bersih dan keluarkan segala isi perut sotong terutamanya dakwat hitamnya.
  2. Dalam masa yg sama rendamkan beras pulut. Sotong yg telah dibersihkan direndam didalam air asam jawa utk hilangkan hanyirnya....
  3. Selepas itu bersihkan sotong td dan sejatkan ia, beras pulut td juga dibersihkan dan disejatkan....
  4. Ambil sotong td dan masukkan/sumbat beras pulut td kedalam badan sotong sehingga 3/4 badan sotong. masukkan kepalanya dan cucuk dgn pengcungkil gigi td.... buat kesemuanya sehingga sotong td habis....
  5. Sotong2 yg telah siap disumbat dgn beras2 pulut td di masukkan ke dlm periuk yg bersih,jika ada lebihan pulut td curahkan aje ke atas bdn sotong td.masukkan santan,daun pandan dan secubit garam.
  6. Rebus seperti biasa (tinggikan sedikit periuk td dr api utk mengelakkan dr beras pulut dr hangit). Tutup periuk.
  7. Bila dh mendidih barulah dimasukkan gula melaka secukup rasa.
  8. Masakkan lagi selama +- 30 minit.....