resepi bahan kek span ( loyang 6'X6')
- 250gm mix sponge kek @ bli yg ready made
- 250gm telur
- 63gm air sejuk
- 63gm mentega cair
masukkan semua bahan2 dan pukul sehingga kembang dan bakar kek pada suhu 180 celcius selama 40min.
**kalau taknak guna kek span, boleh juga guna ladies fingers biscuit yang dijual dikedai baker
dah masak keknya potong empat layer dan ketepikan seketika.sementara itu sediakan adunan cheese ya.
bahan2 lapisan cheese:
- 250gm cream cheese
- 200ml whipping cream
- setengah cawan gula castor @ ikut citarasa
pukul bahan diatas sehingga kembang dan sebati.
untuk melapis tiramisu, sediakan secawan air nescafe iaitu 3 sudu nescafe dengan secawan air suam. dan coklat ganache serta serbuk koko untuk hiasan.
cara2 melapis:
- lapiskan 1 layer kek span @ susun aturkan ladies finger dlm loyang,kemudian tuang sedikit air nescafe ke seluruh kek @ ladies finger td, diikuti dgn coklat ganache..
- lapisan kedua seperti atas juga dan seterusnya..sampai dapat 4 lapis dan atas sekali tabur dengan serbuk koko (guna penapis teh) dan coklat parut serta strawberi untuk kelihatan lebih menyelerakan.
- sejukkan dalam peti sejuk dan sedia dimakan bila kek sudah mengeras.
coklat ganache
sedikit coklat masakan + susu cair/fresh milk + sedikit susu pkt manis + sedikit butter - di double boilkan... sejukan
** yg gambar ni saya gunakan ladies fingers... sedp jugak..
Resipi Asal: Suri Man
No comments:
Post a Comment