Labels

apam (2) biskut (2) kek (3) lauk pauk (1) muffin (2) myself (2)

Tuesday, May 31, 2011

Apam Polka Dot





mengenangkan sekarang ni musim kengkawan KR mengedot maka tak ketinggalan aku pun mengedot la jugak.... penat giler tp puas ati coz kueh ni tersangat ler kiut miut,rasa sayang plok nk mkn....
  • 3 biji telo dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum @ 2 1/4 cwn tepung gandum
  • 220 gm gula castor @ 1 cawan gula
  • 150 ml susu segar @ santan
  • 3 sdt baking powder
  • 1 sdk ovalette
  • 1 sdt esen vanilla
  • filling (mengikut citarasa sendiri coklat/bluberry/strawberry/kaya dll
  • pewarna ikot suka..
  1. pukul telo SAHAJA dahulu till gebu,then + gula + esen vanilla + ovelette beat lg sampai kembang dan gebu dan putih
  2. masukkan tepung dan baking powder yg dah di ayak berselang seli ngan susu segar/santan
  3. bahagikan kpd berapa bahagian. masukan pewarna
  4. masuk dalam piping bag,potong hujungnya
  5. picit kat dalam papercup yg dialas dgn acuan kuih lompang. masukkan inti.
  6. picitkan lagi sampai penuh...dot2 kan dgn warna pilihan...
  7. kukus 10 - 15 minit.....
Note: kalau guna santan yg sederhana cair apam ini lg gebu walaupun dh sejuk, sukatan cwn yg dimaksudkan bkn cwn biasa yg kita guna kt rmh tp cwn yg dijual kt bakery....
rcp: dr kongsi rcp

Kek Tiramisu



resepi bahan kek span ( loyang 6'X6')

  • 250gm mix sponge kek @ bli yg ready made
  • 250gm telur
  • 63gm air sejuk
  • 63gm mentega cair

masukkan semua bahan2 dan pukul sehingga kembang dan bakar kek pada suhu 180 celcius selama 40min.

**kalau taknak guna kek span, boleh juga guna ladies fingers biscuit yang dijual dikedai baker

dah masak keknya potong empat layer dan ketepikan seketika.sementara itu sediakan adunan cheese ya.

bahan2 lapisan cheese:

  • 250gm cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • setengah cawan gula castor @ ikut citarasa

pukul bahan diatas sehingga kembang dan sebati.

untuk melapis tiramisu, sediakan secawan air nescafe iaitu 3 sudu nescafe dengan secawan air suam. dan coklat ganache serta serbuk koko untuk hiasan.

cara2 melapis:

  1. lapiskan 1 layer kek span @ susun aturkan ladies finger dlm loyang,kemudian tuang sedikit air nescafe ke seluruh kek @ ladies finger td, diikuti dgn coklat ganache..
  2. lapisan kedua seperti atas juga dan seterusnya..sampai dapat 4 lapis dan atas sekali tabur dengan serbuk koko (guna penapis teh) dan coklat parut serta strawberi untuk kelihatan lebih menyelerakan.
  3. sejukkan dalam peti sejuk dan sedia dimakan bila kek sudah mengeras.

coklat ganache

sedikit coklat masakan + susu cair/fresh milk + sedikit susu pkt manis + sedikit butter - di double boilkan... sejukan


** yg gambar ni saya gunakan ladies fingers... sedp jugak..

Resipi Asal: Suri Man

Friday, May 27, 2011

choc utk hari guru



bt choc utk anak2 sempena hari guru,dh penat sangat so buat simple jer....

tempahan cup kek,choc & apam polka dot...




semalam hari yg cukup memenatkan....
rasanya tak sanggup lg nk terima tempahan kuih polka dot byk,mcm nk tercabut kaki ni asyik duduk & bangun bila buat kuih polka dot ni,respek giler pd geng2 KR yg sanggup terima tempahan beratus2 biji polka dot nih... hu... hu....
bt cup cake & choc gak utk majlis pertunangan.... kira puas hati walaupun ponattt.....

Monday, May 16, 2011

Cheese Kek


Bahan-Bahan

16 oz cream cheese @ 480 gm

3/4 cawan gula

1 tea spoon esen vanila

1 pint sour cream

4 - 5 bj telur

Cara-Caranya

  1. Putar cream cheese + gula + esen vanila,hingga kembang @ gebu.
  2. Tambahkan telur satu persatu + sour cream td. Putar hingga kembang & sekata.
  3. Alas dulang dgn kertas minyak,tuangkan adunan td,bakar pd suhu 180 C +- 40 minit @ hingga masak. (tp bergantung kpd jenis oven)
  4. Dah masak keluarkan dr oven & sejukkan....

Sekiranya sour cream td masih berlebihan putarkan sour cream tersebut + sedikit gula + esen vanila (agak2 ler byk mana),dh siap mix curahkan ke atas cheese kek td (sebagai hiasan), bakar sekali lg kek td selama 5 minit menggunakan suhu 200 C.

** sekiranya anda sukakan crust dia bolehlah buatkan crust utk cheese kek ni.

Biskut dihancurkan + sedikit mentega,digaul bersama (agak2 ler),dh siap,tekan2 kan pd bekas adunan, sebelum dituang adunan cheese td.


kerja oh kerja....

cakap pasal kerja kdg2 aku jd malas,mana taknya klu difikirkan ikut psl kerja ni sampai bila2 pun tak abis-abis.... kan ke best klu kita dpt duk rmh goyang kaki,g window shopping but setiap ujung bln dpt gaji... fuyooo best tu.....

so bila fikirkan tu aku mulalah pasang angan2 mat jenin... nk buat bisnes,tp secara kecil2 lan dulu... arap2 cita2 ku akan tercapai..... insyaAllah.....

Thursday, May 12, 2011

Makroni Bakar Berkeju



Atas permintaan anak2 ku sediakan western menu plok mlm nie... he... he...
simple cara penyediaannya tetapi sedap dimakan...

Bahan-bahan

3-4 cwn makaroni - direbus dan tos

4 btg sosej @ ayam @ daging - di dadu @ di cincang

2 ulas bawang putih -di cincang

1 labu bawang besar - di cincang

1/2 cwn sayur campur

4 biji telur

1 cawan air masak

1 cwn susu segar (kotak)

1/2 cup keju cheddar @ mozarella @parmesan

garam dan lada sulah/hitam secukup rasa (optional)

Cara-cara

1. Panaskan oven pada 180C. Sapu majerin pada loyang bulat 8".

2. Didalam bekas satukan telur + susu + air. Pukul hingga sebati dan ketepikan.

3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan naik bau. Masukkan sosej, sayur campur, garam dan lada sulah. Tunggu seketika hingga ayam/sosej dh masak. kemudian masukkan makaroni yang telah direbus. Gaul sebati dan tutup api.

4. Tuang makaroni goreng tadi ke dalam loyang dan tuang bancuhan susu dan telur. Taburkan keju. Kalau nk lg sdp jika blh pastikan bila susu + telur td dh dituang kedlm loyang td pastikan semua macroni td dh dilitupi oleh susu + telur td.... selepas bakar macroni akn menjadi cantik...

5. Bakar selama 30minit. On kan pemanas bahagian atas untuk mencairkan keju selama 5minit dan keluarkan dari oven. Biarkan sejuk sebentar selama 5-10minit.

6. bolehlah dimakan dgn sos cili + mayonis (digaul sebati)


Resipi Simple Muffin

1 cawan butter (suhu bilik)@ minyak jagung
3/4 cawan gula
3 biji telur
1/2 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanilla

cara2 nya
  1. putar butter dgn gula hingga kembang dan gebu. masukkan telur satu persatu.
  2. masukkan tepung + air + esen dan susu pekat manis.
  3. masukkan kedalam acuan muffin.
  4. bakar pada suhu 180 darjah selama 15 - 20 minit (sehingga masak).
  5. dh masak sejukkan sebelum dihiaskan.....
hiasan pilihan
a. gunakan fresh cream,hias ikut kreativiti.
b. sapaukan jem strawberry,taburkan kelapa kering dan hiaskan dgn buah ceri.



Wednesday, May 11, 2011


hari yg cukup memenatkan......
sejak dr pagi kerja kt office tak abis-abis..
blk rmh mlm plok buzy ngan memasak muffin tempahan dari kawan sekolah anak... penat tetapi rasa hepi coz misi berjaya ... yeayy....

Mahu Mencuba Sesuatu Yang Baru ?

mahu mencuba sesuatu yang baru ? sesuatu yang enak ? dan sesuatu yang 'simple' untuk dibuat di dalam waktu yang singkat ? di sinilah tempatnya , di FIKRINASIMPLEMENU , di mana saya dapat berkongsi resepi yang enak dan 'simple' untuk dibuat . selain itu , kita juga dapat bertukar resipi : )

Tuesday, May 10, 2011

try buat blog sendiri la pulak... seronok baca blog kengkawan jd apa salahnya nk jugak mencuba.. :)