salam ibu... resipi yg ibu bt ni lebih kurang je ngan yg saya punya, cuma nk tnya bahagian susu tu jer? selalunya 150 ml jer kan, tp yg ibu bt mmg 250 ml ker, tq ibu....
fikrina simple M.e.N.u
saya budak baru belajar... jika salah tulun tunjukkan.... sharing is caring maaaa.... :)
Tuesday, January 3, 2012
Wednesday, September 14, 2011
ingat2 lupa kata kunci blog
herm... klu dh create macam sampaikan kata kunci utk blog sendir pun aku lupa,sudahnya kena create password baghu.....
hampeh tul ler aku nie........
Saturday, September 10, 2011
Aktivity bulan puasa & selepas raya...
Tuesday, July 12, 2011
Pok Tei



Bhn2
bwg putih
serai
lengkuas - semua bhn2 ni diketuk2 kasar
rempah tom yam
lobak merah
bunga kobis
cendawan
daun limau purut
cili api
daun ketumbar
udang/sotong/ketam/lala
santan/susu cair
sesudu besar rempah kari daging/ayam (bancuh dgn sedikit air)
nota: quantity bhn2 blh agak2 sendiri jer,bhn2 lain dipotong spt buat tom yam biasa jer.
cara-caranya
- didihkan air,masukkan semua bahan2 yg diketuk td (serai + lengkuas + bwg putih). biarkan jer semua bhn ini mendidih hingga naik bau.
- masukkan rempah tom yam dan santan/susu cair, biarkan seketika....
- dh mendidih masukkan semua jenis sayuran + semua jenis sea food td....
- masukkan rempah kari, cili api (ketuk2), daun limau purut, limau nipis dan perasakan ngan garam secukup rasa.
- tutup api.... patah2kan daun ketumbar dan masukkan kedlm kuah td....
- siap....
* jgn sesekali mnggunakan 'baby corn' sbb rasanya akan lari/tak sedap...
Thursday, July 7, 2011
Tart Nenas
BAHAN2NYA:
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
50 gm gula icing
250 gm butter (anchor/fern/scs)
2 biji kuning telor
jem nenas (buatlah macam biasa) dan di gentel (nanti tgk video)
Cara membuat doh:
Tepung gandum dan tepung jagung diayak dan dicampur gula ising dalam satu besen. Butter dipotong dadu kecil2 dan diramas (rub in method) dalam tepung. Setelah campuran menjadi berderai, masukkan dua telor kuning, gaul sampai rata dan uli perlahan lahan. Biarkan ia rehat selama 20 minit. Kemudian ambil sebesar duit 50 sen dibulatkan dan...eeeh susahlah nak explain. Tonton je video yg Kjee sertakan ini. Selamat mencuba.
Satu adunan boleh jadi kira-kira 70 biji.
apam oh apam....
syukran...... sekarang ni ramai gak geng fb yg like page 'apam ladybird/polka dot putrajaya' tempahan gak datang tak berhenti2... penat... tp mmg menyeronokkan setelah siap mengedot nie.... terasa satu kepuasan yg amat sukar utk diucapkan ngan kata2..... caiyok... caiiyokkk ....
Thursday, June 30, 2011
Soft Japanese Cotton Cake

250 gm cream cheese (blh juga guna slice cheese)
50 gm butter
100 ml susu segar
6 bj telur kuning
1 sd besar jus lemon
1/4 sd kecil garam
60 gram tepung kek/superfine
20 gm tepung jagung
bhn B
140 gram gula granulated
6 biji telur putih
1/4 sudu kecil cream of tar-tar
cara2 nya
1. cairkan cream cheese bersama butter + susu secara double boiler.
2. bila dh sejuk masukkan telur kuning + garam + jus lemon + tepung kek + tepung jagung. kacau sebati.
3. dlm bekas yg lain pukul telur putih hingga 'foamy' selepas itu campurkan dgn gula dan cream of tar2,pukul lg hingga menjadi 'bertanduk'.
4. campurkan adunan Bhn A kedlm adunan Bhn B. kaup dan balikkan.
5. bekas dilenser dgn myk/mentega,lapik dgn bks adunan dgn baking paper. tuang adunan kedlm acuan.
6. bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 45 minit (sehingga masak), guna teknik steam bath.
Subscribe to:
Comments (Atom)